Pogba Alami Kecederaan Lagi
Serie A
Juventus FC
Advertisements

Sejak menyertai semula Juventus dari Manchester United musim panas lepas, nasib malang Paul Pogba seakan tiada kesudahan. Terbaru, pemain tengah Perancis itu dilaporkan mengalami kecederaan otot dan perlu berehat sekali lagi.

Berita ini membuatkan penyokong, pemain dan pengurusan Juventus makin hilang sabar dengan Pogba. Sebelum ini, bekas pemain Red Devils itu digugurkan daripada senarai pemain yang beraksi dalam Liga Europa menentang Freiburg beberapa hari lepas selepas melanggar disiplin kelab.

Menurut pengurus Massimiliano Allegri, Pogba sepatutnya diturunkan untuk perlawanan Serie A menentang Sampdoria semalam. Tetapi pemain tengah Perancis itu mengadu mengalami kecederaan di bahagian adductor semasa latihan sepakan percuma semalam.

Advertisements

“Pagi ini (pagi Ahad), sementara dia (Pogba) mengambil sepakan percuma, dia merasa tidak selesa pada adductornya dan terpaksa berhenti.

“Esok, kita akan lihat sejauh mana kecederaan yang dialaminya. Malam ini, dia boleh menyokong kita tetapi kita menunggu dia, dalam tahun sebegini, perkara malang ini juga berlaku dalam kehidupan.

“Dia perlu menjadi lebih bagus dan kuat untuk bangkit dan kembali sebagai pemain yang kita kenali sebelum ini,” kata Allegri kepada DAZN.

Advertisements

Ramai bimbang dengan kecederaan baru ini, Pogba akan terkeluar lagi untuk tempoh yang lama. Selepas berehat lama selama lapan bulan akibat kecederaan dan pembedahan, dia membuat penampilan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan termasuk kemenangan 4-2 Juve ke atas Torino akhir bulan lepas.

Dengan pendapatan sekitar £7 juta (RM38.1 juta setahun), ramai merasakan Pogba kini hanyalah beban kepada kedudukan kewangan kelab. Sekiranya La Vecchia Signora gagal layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan, ia bakal memberi kesan besar kepada kewangan pasukan.

Oleh sebab itu, sudah ada ura-ura mengatakan Juve bersedia melepaskan Pogba secara percuma pada akhir musim. Walaupun ia dinafikan sekeras-kerasnya oleh pengurusan kelab sebelum ini, ia boleh saja berubah lebih-lebih lagi dengan rekod kecederaan yang dialaminya musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram