Advertising
Pohang Steelers ‘Patah’ Sebelah Kaki Lawan JDT
ACL
MakanBola
PSFC/JST

Jaguh Korea Selatan, Pohang Steelers mengharungi tempoh yang cukup sukar untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Hector Bodoglio dalam momentum terbaik selepas menewaskan wakil Australia, Central Coast Mariners untuk melonjak ke tangga kelima kumpulan.

Ad

Harapan cerah buat wakil tunggal Malaysia itu tatkala Pohang Steleers bakal menjadi halangan terakhir pasukan pada peringkat kumpulan.

Ad

Pohang yang kini dibimbing oleh Park Tae-ha mengharungi tempoh sukar apabila tewas tiga daripada 5 perlawanan terakhir termasuklah keputusan 0-4 menentang Kawasaki Frontale.

Aksi terakhir menentang JDT menyaksikan Pohang Steelers kehilangan Jonathan Aspropotamitis yang dilayangkan kad merah menentang Kawasaki tempoh hari.

Ad

Malah, sebahagian besar pemain Pohang terutamanya barisan pertahanan tidak beraksi begitu baik dan menerima penilaian terendah pada aksi terakhir kempen ACLE.

Ad

Pemain utama seperti penjaga gol, Hwang In-jae menerima 5.8 mata oleh laman Sofascore manakala pemain lain termasuklah Eo Jeong-won (6.1), Jeon Min-kwang (6.2) dan juga Juninho Rocha (6.4) sahaja ketika dimalukan oleh Kawasaki Frontale.

Ad

Aksi antara JDT menentang Pohang Steleers dijadualkan berlangsung pada 18 Februari 2025 di Stadium Sultan Ibrahim.