Ads
Polis Kesan Kenderaan Suspek Kes Khuzaimi Piee
Liga Super
Selangor FC

Susulan kes pecah rumah membabitkan bek tengah kebangsaan, Khuzaimi Piee, polis kini memiliki maklumat terbaru tentang kes berkenaan.

Advertisements

Arena bola sepak negara kembali kecoh apabila rumah bek tengah Selangor FC itu dipecah masuk semalam.

Advertisements

Kejadian ini disedari Khuzaimi selepas pulang daripada menjalani sesi latihan bersama Merah Kuning pada jam 9.00 malam. Beliau mendapati pintu pagar depan dan belakang rumahnya terbuka semasa pulang.

Advertisements
Advertisements

Selepas memeriksa keadaan dalam rumah, Khuzaimi mendapati beliau kehilangan motosikal Yamaha Y15, empat beg pelbagai jenama dan pasport. Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh beliau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada pemain pertahanan berusia 30 tahun itu pada jam 11.30 malam semalam.

Advertisements

Siasatan polis mendapati suspek membawa kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih untuk melarikan motosikal yang dicuri.

“Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian pecah rumah pada 22 Mei 2024 jam 11.30 minit malam yang dibuat oleh mangsa merupakan satu lelaki Melayu berumur 31 tahun dan bekerja sebagai pemain bola sepak pasukan Selangor.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan kenderaan jenis MPV warna putih dan melarikan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15R seperti mana diviralkan. Semasa kejadian mangsa dan ahli keluarga tiada dirumah.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 kanun keseksaan yang membawa hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan hendaklah dikenakan denda,” katanya dalam satu kenyataan media.

Advertisements

Orang ramai yang memiliki maklumat tentang kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Laymand Rayne di talian 014-6907071.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram