Politik Ni Lebih Kurang Bola Sepak Je – Baddrol Bakhtiar
Komuniti
Baddrol Bakhtiar
Advertisements

Bekas pemain Sabah, Baddrol Bakhtiar menganggap bidang politik merupakan sebuah bidang yang seakan sama dengan bola sepak.

Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun itu menyifatkan tanggungjawabnya kini tertumpu kepada rakyat dan beliau ingin berkhidmat sebaik mungkin demi kebajikan rakyat di negeri Kedah.

Bekas pemain tengah kebangsaan ini turut optimis untuk membawa dimensi politik yang bersih dan jujur dalam negara.

Advertisements

“Sebelum ini tanggungjawab dengan pasukan, tapi kali ini tanggungjawab saya untuk rakyat. Jadi saya nak masuk bidang (politik) ini, kalau boleh kita nak kasi bersih dan timbul sifat kejujuran dalam membentuk sesebuah negeri dan negara.”

“Saya rasa benda ni tak berat kalau kita jujur dan kalau kita ikhlas dengan ada sokongan daripada rakyat, kita dekat dengan mereka, insyaAllah.”

Advertisements

Calon parti Perikatan Nasional ini menyatakan bahawa beliau memiliki strategi dan formasi tersendiri ketika berkempen. Baddrol akui bahawa beliau lebih gemar turun ke lapangan dan bertemu dengan rakyat.

“Saya rasa bidang politik ni lebih kurang macam bola sepak je, formasi Badd dalam politik ini, macam tu jugak. Saya turun padang, saya turun lapangan bersama dengan rakyat, bersama dengan peminat-peminat saya.”

Advertisements

Baddrol bakal bertanding di Dun Gurun dalam pertembungan satu lawan satu. Beliau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) bakal berentap menentang wakil daripada Pakatan Harapan (BN), Firdaus Johari pada Sabtu, 12 Ogos kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram