(Video) Portimonense Catat Kemenangan Pertama – Benam Maritimo 1-2
Dunia
Advertisements

Selepas 4 perlawanan, Portimonense akhirnya berjaya melakarkan kemenangan pertama liga selepas membenam pasukan dari kepulauan Funchal, Maritimo 1-2.

Maritimo terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti Rodrigo Pinho pada minit ke-51.

Portimonense yang terdesak mencari kemenangan pertama liga bertali arus melakukan serangan dan usaha mereka berhasil apabila Dener Clemente berjaya menjaringkan gol penyamaan 18 minit kemudian.

Advertisements

Maritimo yang kelihatan semakin kelitihan sekali lagi dihukum pihak lawan apabila Anderson Oliveira menggadakan kelebihan jaringan selang 5 minit kemudian menjadikan kedudukan 1-2.

Portimonense yang tidak menunjukkan sebarang tanda untuk memperlahankan permainan kekal melakukan serangan bertali arus sehinggalah tamat masa permainan.

Dalam perlawanan ini Safawi Rasid tidak diturunkan apabila beliau menjadi tonggak utama dalam perlawanan liga bawah 23 tahun sehari sebelum.

Advertisements

Rumusan penuh permainan:

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram