Advertising
Potensi Aksi JDT vs Al-Nassr Jadi Kenyataan Makin Cerah
MakanBola
JST/ALNFC

Potensi untuk melihat pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Al-Nassr berpotensi untuk menjadi kenyataan.

Baru-baru ini, pemilik kelab JDT iaitu DYAM Tunku Mahkota Ismail member bayangan bahawa akan ada aksi pra-musim yang berlaku di Arab Saudi.

Ad

”(Pra-musim ke Arab Saudi) memang dah ada dalam perancangan,” ujar DYAM Tunku Mahkota Ismail di laman X.

Ad

Baginda turut memberi bayangan bahawa aksi antara skuad Harimau Selatan menentang jaguh Perancis, Paris Saint Germain (PSG) sudah berada dalam perancangan.

“PSG 100%. (Aksi pra-musim JDT dan PSG sama ada) tahun ini atau tahun depan,” katanya di X.

Ad

Tunku Ismail turut memaklumkan bahawa JDT sedang mengusahakan beberapa perjanjian dengan kelab gergasi Perancis itu bagi jangka pendek dan jangka panjang.

Ad

Aksi Pra-musim di Arab Saudi juga membuka peluang untuk melihat wakil tunggal Malaysia di ACLE itu beraksi menentang jaguh Timur Tengah Arab Saudi seperti Al-Nassr, Al-Hilal dan Al-Ittihad.

Ad

JDT juga sudah memiliki rekod pertemuan bagi aksi persahabatan dan pra-musim menentang jaguh dunia seperti Borussia Dortmund, Lokomotiv Moscow dan lain lagi.

Pada musim ini, JDT telah mengharungi aksi pra-musim di Sepanyol pada 14 hingga 30 April 2025 yang menyaksikan juara bertahan Liga Super itu mengharungi 7 aksi kompetitif di sana.

Persiapan ini penting bagi memastikan JDT terus memberi saingan terbaik pada peringkat Asia selain mendominasi kejohanan domestik.