Pra-Musim 2023: Terengganu Mudah Tewaskan Chonburi
Asia Tenggara
TERENGGANU FC
Advertisements

Selepas hampa ditewaskan kelab Denmark, Odense Boldklub 2-0 semalam, Terengganu mencatat kemenangan 1-0 ke atas kelab Thai League 1, Chonburi dalam perlawanan terakhir pra-musim mereka di Thailand.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermula seimbang dan berusaha mencari gol pembukaan. Walaupun diperkuat dengan kehadiran pemain pinjaman JDT Liridon Krasniqi, separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0.

Anak-anak buah Tomislav Steinbruckner memperkemas rentak apabila memasuki babak kedua. Penantian gol mereka berakhir apabila penyerang import Jordan Mintah membuka jaringan pada minit ke-59.

Advertisements

Terengganu kemudiannya membuat beberapa pertukaran bagi menguji pemain-pemain muda. Chonburi berusaha memburu gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini merupakan satu pencapaian memberangsangkan buat skuad Peteh memandangkan Chonburi ketika ini menduduki tangga ketiga Thai League 1. Dengan keputusan ini, Terengganu mengakhiri pra-musim mereka di Thailand dengan dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Selepas ini, anak-anak buah Steinbruckner mengatur persiapan untuk perlawanan Sumbangsih menentang JDT pada 24 Februari ini. Perlawanan tersebut merupakan pembuka tirai saingan Liga Super musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram