Advertisement
Pra-Musim: Drama 12 Minit VAR Bantu KL City Ikat PDRM
Persahabatan
MakanBola
KL City FC

Aksi pra-musim hari ini telah melibatkan pertembungan antara pasukan PDRM dan KL City.

Pasukan tuan rumah PDRM menurunkan barisan terkuat apabila meletakkan Ifedayo Olesugon bagi mengetuai barisan serangan sementara KL City tidak menurunkan tiga tonggak utama pasukan iaitu Paulo Josue, Zhafri Yahya dan Giancarlo dalam keselasan utama.

Aksi separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan PDRM. Anak buah P. Maniam membuka tirai jaringan menerusi import berbisa, Ifedayo Olesugon pada minit ke-28 permainan.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, PDRM sempat menghukum pasukan pelawat menerusi jaringan kedua The Cops.

Walau bagaimanapun, beberapa pertukaran yang dilakukan pengendali KL City, Miroslav Kuljanac membuahkan hasil. 12 minit masa kecederaan pada aksi separuh masa kedua telah mengubah keputusan perlawanan dan memberi kelebihan buat pasukan pelawat.

Penyerang gantian KL City, Suhaimi Abu telah dijatuhkan dalam kawasan penalti. Sepakan itu mudah diambil penyerang kebangsaan, Paulo Josue untuk jaringan pertama pasukan.

The City Boys akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada masa tambahan menerusi kuisan cantik Patrick Reichelt selepas menyempurnakan hantaran daripada Zhafri Yahya.

Aksi persahabatan pra-musim 2024 yang berlangsung di Stadium Selayang berakhir dengan keputusan seri diraih kedua pasukan, 2-2.