Pra Musim: JDT Belasah Lion City Sailors
Persahabatan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak positif sebelum bermulanya kempen Liga Malaysia musim ini apabila menewaskan kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors dengan keputusan 4-0 semalam.

Perlawanan persahabatan itu diadakan secara tertutup di Stadium Sultan Ibrahim sebagai persiapan terakhir JDT bagi memulakan kempen Liga Malaysia pada 24 Februari ini dalam aksi Piala Sumbangsih menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim.

Melalui tinjauan di ruangan komen Harimau Selatan, rata-rata penyokong teruja dengan kemenangan besar yang diraih skuad bimbingan Esteban Solari itu dan walaupun diadakan secara tertutup namun JDT tetap garang meraih kemenangan.

Advertisements

Lion City Sailors merupakan naib juara Liga Perdana Singapura musim lalu. Selain itu mereka juga menjadi satu-satunya wakil Singapura yang menyertai saingan Liga Juara-Juara AFC namun gagal mara ke pusingan kalah mati.

Manakala bagi JDT, mereka mempamerkan aksi yang memberangsangkan musim lalu apabila berjaya melakar treble kejuaraan buat pertama kalinya apabila berjaya mempertahankan gelaran juara Liga Super selain menjulang Piala FA dan Piala Malaysia.

Advertisements

Pada musim lalu juga, JDT berjaya melakar sejarah yang tersendiri apabila mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara AFC buat pertama kali sebelum ditewaskan jaguh Jepun, Urawa Red Diamonds.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram