Advertising
Pra-Musim: JDT Cemerlang Tewaskan CF Benidorm
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi pra-musim ke-6 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengatasi CF Benidorm dengan keputusan 2-1.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gullermno Amor itu menyaksikan pemain-pemain utama turun membarisi kesebelasan terbaik Harimau Selatan.

Aksi babak pertama berlangsung sengit dengan asakan bertali-arus dilancarkan oleh kedua-dua pasukan namun kekebalan benteng pertahanan menafikan segala asakan.

Ad

45 minit pertama menyaksikan keputusan tamat dengan 0-0.

Ad

Bersambung babak kedua, anak didik Hector Bidoglio rancak mengatur gerak untuk mencari gol pembukaan.

Jaringan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pemain tengah Harimau Selatan, Endrick Dos Santos meledak pada minit ke-57.

Ad
Ad

Pasukan Divisyen 6 itu bagaimanapun memperoleh gol penyamaan menerusi Basco De Freitas pada minit ke-83.

Ad

Kemenangan ke-5 JDT di Sepanyol akhirnya menjadi kenyataan apabila Fransisco Geraldes meledak seminit berselang.

Perlawanan tamat dengan kemenangan 2-1 memihak JDT dengan antara kemenangan terbesae pasukan adalah menentang Club Costa City.

Wakil Malaysia ini memiliki baki satu aksi menentang CD Castellonense sebagai aksi penutup cemerlang di Sepanyol.