Pra-Musim: JDT Tewas Tipis Di Tangan Al-Ettifaq
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur mencatatkan kekalahan pertama dalam kempen pra-musim di Sepanyol setelah tewas di tangan Al-Ettifaq dari Arab Saudi.

Aksi kedua pra-musim JDT di Sepanyol berakhir dengan kekalahan 2-3 kepada Al-Ettifaq selepas tiga jaringan di separuh masa kedua memberi kemenangan besar buat pasukan divisyen satu Saudi Pro League tersebut.

Al-Ettifaq berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh 15 minit bermula pada minit ke-50, sebelum dua lagi jaringan berhasil menembusi gawang JDT pada minit ke-64 dan 65 sekali gus melebarkan kelebihan untuk The Commandos.

Walaupun ketinggalan 3 gol, JDT sempat merapatkan kedudukan dengan dua jaringan oleh Shahab Zahedi dan Bergson da Silva namun itu masih tidak mencukupi untuk menghalang kemenangan Al-Ettifaq ke atas juara Liga Super Malaysia ini.

Aksi berakhir dengan keputusan 3-2 memihak Al-Ettifaq.

Selepas ini, JDT dijadualkan menentang kelab Sepanyol, CD Contestano dalam perlawanan ketiga pasukan Harimau Selatan di sana setelah terikat seri ketika aksi pembukaan berdepan Rangers 2-2 pada awal pagi Jumaat lalu.