Pra-Musim: Kelantan Cipta Kejutan Tundukkan Kelab Thailand, Pattani 3-0
Persahabatan
Kelantan Darul Naim
Advertisements

Kelantan Darul Naim merekodkan pencapaian membanggakan apabila mudah menundukkan kelab Thailand, Pattani FC dengan keputusan 3-0.

Aksi pra-musim pertama Kelantan Darul Naim sempena pra musim 2024/25 bermula langkah kanan mengatasi Pattani FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Tuan rumah bermula pada pada babak pertama menerusi serangan yang digerakkan dari kawasan tengah dengan hantaran pendek dan menguji gawang lawan seawal minit kedua.

Advertisements

Rembatan kencang Jasmir Mehat bagaimanapun berjaya dinafikan aksi menyelamat cemerlang penjaga gol, Ninuruddin Nideha.

Pattani FC tidak ketinggalan untuk mengatur beberapa gerakan cantik dengan gerakan solo oleh Jehhanafee Mamah hampir membuahkan hasil pada minit ke-9 tetapi tiang menjadi penghalang.

Jehhanafee sekali lagi menguji gawang yang dikawal rapi oleh Khatul Anuar pada minit ke-28 namun sentuhan pemain itu tersasar.

Advertisements

Gerakan yang diatur dari gerakan sebelah kanan kawasan Pattani dengan Jasmir Mehat menerima bola lalu melakukan satu hantaran cantik kepada Asraff Aliffuddin untuk gol pembukaan pada minit ke-39.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak Kelantan Darul Naim.

Bersambung babak kedua, Kelantan Darul Naim melakukan 6 pertukaran untuk menambah sengat jentera serangan.

Advertisements

Gol kedua berjaya dihasilkan selepas sepakan percuma Oday Kharoub ditanduk masuk Kim Ri-Gwan pada minit ke-49.

Penyerang import, Valdu Te pula menyaksikan sepakan satu sama satu ketika berhadapan dengan Ninuruddin ditepis keluar selang lima minit selepas itu.

Amirul Shafik yang masuk tidak lama kemudian turut hampa setelah rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-65 juga tersasar keluar.

Advertisements

Pihak lawan hampir merapatkan jurang pada minit ke-69 tetapi penyudah Anwa A-leemama sedikit melewati gawang Sang Kijang Emas.

Dua percubaan Valdu Te dan Wan Mohd Fazli turut gagal menembusi gawang Pattani FC manakala serangan balas pihak lawan hampir memerangkap bek tuan rumah setelah sentuhan Anwa A-leemama pada minit ke-79 hanya sedikit keluar.

Keghairahan Pattani FC melancarkan serangan dihukum pada minit ke-94 apabila larian solo Amirul Shafik disudahkan dengan rembatan padu dari luar kotak penalti yang mampu diselamatkan penjaga gol gantian, Muhammat Mamah.

Tamat perlawanan, Kelantan Darul Naim FC membenam cabaran Pattani FC dengan jaringan 3 gol tanpa balas sekaligus menamatkan aksi pra-musim sulung mereka dengan nota kemenangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram