Pra-Musim: KL City Bangkit Kalahkan Kuching City
Persahabatan
KL City FC
Advertisements

KL City FC membuka kempen Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup) dengan langkah kanan apabila mengalahkan Kuching City FC di Stadium Likas.

Kejohanan pra-musim itu dilihat persiapan akhir terbaik buat KL City, Kuching City, Sabah FC dan kelab Singapura, Hougang United sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Singapore Premier League (SPL) musim 2024/25 bermula.

Meskipun ini perlawanan pra-musim, The City Boys dan The Cats menurunkan barisan terkuat untuk aksi pertama SMJ Cup di Stadium Likas.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mendapatkan kelebihan gol awal. Ancaman KL City digerakkan menerusi kapten, Paulo Josue dan penyerang Filipina, Patrick Reichelt.

Malangnya, serangan yang direncana pasukan Lembah Klang itu mudah dipatahkan barisan pertahanan Kuching City diketuai bekas bek tengah PDRM FC, James Okwuosa.

Advertisements

Sebaliknya, jentera serangan The Cats diketuai Pedro Henrique mula memberi tekanan ke atas gawang KL City yang dikawal penjaga gol kebangsaan, Azri Ghani.

Gol yang dicari akhirnya muncul menerusi Henrique sekaligus meletakkan Kuching City mendahului 1-0 sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, KL City yang dibimbing Miroslav Kuljanac berusaha memburu gol penyamaan.

Hasilnya, pemain baru KL City, Jovan Mostika menyamakan kedudukan pada minit ke-49. Gol tersebut memberi dorongan kepada pasukan Lembah Klang itu memburu gol tambahan.

Advertisements

Josue meletakkan The City Boys di hadapan pada minit ke-64. Pemain sayap Serbia, Lazar Sajcic melengkapkan kemenangan KL City dengan penalti pada minit ke-86.

Tiga gol tersebut sudah cukup memastikan KL City meraih kemenangan pertama dalam SMJ Cup. Keputusan ini menyaksikan KL City mendahului carta SMJ Cup dengan tiga mata.

Selepas ini, KL City akan menentang Sabah untuk perlawanan kedua SMJ Cup pada 1 Mei. Sementara Kuching City yang dibimbing Aidil Sharin akan menentang Hougang United pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram