Pra-Musim: KL City Buntu Diikat Gombak
Persahabatan
KL City
Advertisements

Naib juara Piala FA 2023, KL City terpaksa akur apabila diikat Gombak FC dalam aksi pra-musim pada Selasa.

Perlawanan yang terpaksa ditangguhkan seketika akibat hujan lebat itu menyaksikan KL City menurunkan beberapa pemain utama mereka seperti kapten pasukan, Paulo Josue, Giancarlo Gallifuoco, Declan Lambert dan ramai lagi.

The City Boys tidak menunggu lama untuk berada di hadapan menerusi penyudah pemain KL City yang tenang merembat bola melepasi penjaga gol Gombak dalam situasi satu lawan satu.

Advertisements

Gombak yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam cuba bangkit melancarkan serangan namun KL City tidak memberi jalan mudah dengan kekal menguasai sebahagian besar permainan.

Keadaan padang yang licin dan bertakung sedikit menggangu rentak permainan kedua-dua pasukan sekaligus menyaksikan kedudukan 1-0 memihak KL City kekal sehingga rehat.

Aksi separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-0 memihak KL City.

Advertisements

Kembali dari rehat, KL City terus rancak melakukan serangan ke kubu pasukan Liga A1 semi pro itu dengan beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan bagi menggandakan kelebihan.

Jaringan yang dicari oleh pasukan lawan akhirnya menjelma menerusi ledakan kaki kiri Haikal Sahar yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang KL City di pintu gol.

Beberapa pertukaran dilakukan kedua-dua pasukan di penghujung aksi namun tiada jaringan tambahan dapat dihasilkan sehingga tamat 90 minit permainan.

Advertisements

Aksi di Kompleks PKNS, Kelana Jaya, berakhir dengan keputusan KL City terikat 1-1 bersama Gombak FC.

Keputusan ini menyaksikan skuad kendalian Miroslav Kuljanac masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi pra-musim selepas cemerlang menewaskan Melaka FC 3-0 dalam perlawanan sebelum ini.

Beberapa perlawanan lagi bakal diatur KL City bagi persiapan menghadapi aksi pertama Liga Super 2024-2025 menentang Kuching City FC pada 12 Mei hadapan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram