Advertisement
Pra-Musim: Perak Kekal Rekod Bersih, Ikat Penang
Persahabatan
MakanBola
Perak FC

Aksi pra-musim 2024/25 menyaksikan Perak mengekalkan rekod bersih selepas mencatatkan keputusan seri berdepan seteru utara, Penang FC.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan The Bos Gaurus mempertaruhkan gabungan pemain baharu dan lama.

Anak didik Akmal Rizal pula dilihat tampil berwajah baharu selepas sebahagian besar pemain muda dibawa masuk pada jendela perpindahan kali ini.

Aksi babak pertama berlangsung seimbang sungguhpun Perak kelihatan lebih selesa di laman sendiri.

Peluang terbaik The Phanters hadir menerusi peledak baharu pasukan, Rodrigo namun kecemerlangan Haziq Nadzli menyaksikan babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, giliran pasukan pelawat memberi tekanan kepada pertahanan Perak yang dibarisi oleh Tommy Mawat, Luiz Motta dan Ariff Al-Rashid.

Perlawanan berlangsung dengan agak baik namun masih tiada sebarang jaringan sungguhpun beberapa pertukaran sudah dilakukan.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Aksi Perak dan Penang tamat tanpa sebarang jaringan terhasil.

Perak sebelum ini memulakan kempen pra-musim menewaskan Geylang International FC dengan keputusan 3-0 dan juga Albirex Niigata dengan jaringan 3-1.