Pra-Musim: Selangor Belasah PT Prachuap
MakanBola
SELANGOR FC

Selangor meraih keputusan menang dalam aksi keempat pra-musim di Thailand menentang kelab dari negara tersebut pada Jumaat.

Keputusan menang 4-0 dicatatkan oleh Merah Kuning pada aksi tersebut di Thailand dalam kempen pra-musim mengukuhkan lagi skuad tersebut bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Ini merupakan kemenangan ketiga The Red Giants dalam jelajah pra-musim selepas merekodkan 2 kemenangan ketika bertemu Ratchaburi & Tai Po pada tempoh hari.

Selangor turut mencatatkan keputusan seri ketika bertemu Sukhothai pada Selasa lalu dengan keputusan terikat 0-0.

Selepas itu, menanti Merah Kuning di perlawanan terakhir pra-musim 2025/26 nanti adalah Lion City Sailors yang menamatkan kempen Liga Singapura musim lalu sebagai status juara liga.

Seterusnya, selepas tamat kempen pra-musim Selangor bakal membuka tirai Liga Super Malaysia 2026/27 dengan menentang Kelantan RW pada 22 Ogos di Kota Bharu.