Pra-Musim: Selangor & Sukhothai Sama Handal
MakanBola
SELANGOR FC

Selangor meraih keputusan seri dalam aksi ketiga pra-musim di Thailand menentang kelab dari negara tersebut pada Selasa.

Keputusan seri 0-0 dicatatkan oleh Merah Kuning pada aksi ketiga di Thailand dalam kempen pra-musim mengukuhkan lagi gambaran kesefahaman skuad tersebut bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Ini merupakan keputusan seri pertama The Red Giants dalam jelajah pra-musim selepas merekodkan dua kemenangan ketika bertemu Ratchaburi & Tai Po pada tempoh hari.

Selepas itu, menanti Merah Kuning di perlawanan keempat nanti adalah PT Prachuap yang menamatkan kempen Liga Thailand di tangga ke-6 musim lalu.

Seterusnya, The Red Giants bakal bertemu 2 lagi pasukan iaitu PT Prachuap & Lion City Sailors dalam siri pra-musim di Thailand sebelum membuka tirai Liga Super Malaysia 2026/27 menentang Kelantan RW pada 22 Ogos di Kota Bharu.