Pra-Musim: Sri Pahang Jinakkan Geylang International
Persahabatan
Sri Pahang FC
Advertisements

Aksi pra-musim pasukan Liga Super menyaksikan Sri Pahang bertandang ke Singapura menentang pasukan Geylang International berakhir dengan keputusan 1-0.

Ini merupakan aksi kedua Sri Pahang dalam aksi Pra Musim di Singapura dimana sebelum ini bertemu pasukan di juara Liga Singapura, Albirex Niigata.

Namun, perlawanan tersebut hanya 36 minit sahaja ekoran cuaca hujan lebat kilat yang terjadi di Stadium Jalan Besar. Keputusan sepanjang aksi Sri Pahang sedang mendahului dengan jaringan 1-0 Albirex Niigata.

Advertisements

Gol tunggal yang berjaya dihasilkan oleh pemain tengah Sri Pahang, Adam Aliff memberi kemenangan kedua buat pasukan menewaskan pasukan yang berada di tangga ke-5 Liga Singapura itu.

Selepas ini, skuad kendalian Fandi Ahmad bakal pulang semula ke Malaysia untuk membuat persiapan pasukan bagi hadapi saingan Liga Super 2024.

Sri Pahang bakal memulakan saingan Liga Super menentang Kelantan Darul Naim FC pada bulan 11 Mei depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram