Ketajaman dua penyerang kebangsaan Malaysia & Curacao, Jordan Mintah dan Gervane Kastaneer membantu Terengganu FC tewas tipis kepada kelab Liga Thailand, PT Prachuap pada Khamis.
Selepas menundukkan Tai Po FC & Prime Bangkok dalam aksi pramusim sebelumnya, anak buah Nafuzi Zain dilihat bertenaga meneruskan rentak permainan bila turun beraksi bertemu PT Prachuap.
Perlawanan hari ini menyaksikan Rahadiazli, Pape Diakite, Manuel Ott, Romel Morales dan pemain sayap Brazil, Mateusinho diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama.
Babak pertama menyaksikan PT Prachuap berjaya menjaringkan 2 gol menerusi Antonio Mendes & bekas pemain Spurs, Andros Townsend.
2 jaringan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama meskipun Terengganu memberikan saingan yang bertenaga.
Hal ini menyaksikan Nafuzi membuat beberapa perubahan termasuk memasukkan Jordan Mintah & Gervane Kastaneer untuk membantu serangan Peteh.
Hasilnya, kedua-dua penyerang gantian itu berjaya meledak gol & memastikan Terengganu hanya tewas tipis pada akhir perlawanan sungguhpun PT Prachuap menambah satu lagi jaringan menerusi Ratchatha Prachsilp.
Selepas ini, Peteh bakal membuka tirai Liga Super Malaysia 2026/2027 dengan menentang Melaka di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 22 Ogos ini.