Premier League: Aksi ‘Super De Gea’ Hiasi Kemenangan Man Utd Atasi West Ham
EPL
Manchester United
Advertisements

Man Utd terus memburu Newcastle United di tempat keempat dengan mengalahkan West Ham di Old Trafford.

Sebaik wisel perlawanan ditiup, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Tetapi tuan rumah dilihat lebih hampir untuk menjaringkan gol.

Usaha Red Devils akhirnya membuahkan hasil apabila Marcus Rashford menanduk masuk hantaran Christian Eriksen pada minit ke-38.

Advertisements

Gol tersebut membolehkan Rashford menjadi pemain ke-22 dalam sejarah United menjaringkan 100 gol.

Selepas rehat, West Ham menyerang bertubi-tubi pasukan tuan rumah. Tetapi benteng pertahanan Red Devils diketuai penjaga gol David de Gea kental bertahan sehingga wisel penamat.

Dengan keputusan ini, Manchester United memintas Chelsea dan berada di kedudukan kelima EPL.

Advertisements

United akan berkunjung ke Villa Park pada 6 November untuk berdepan Aston Villa. Manakala West Ham melayan kunjungan Crystal Palace pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram