Ads
EPL
Arsenal

Arsenal kembali merampas takhta pendahulu EPL selepas membelasah Nottingham Forest 5-0 di Stadium Emirates.

Advertisements

Gunners mendahului seawal minit kelima menerusi tandukan Gabriel Martinelli selepas menerima hantaran Bukayo Saka.

Advertisements

Arsenal berusaha menambah gol tetapi setiap percubaan mereka berjaya disekat Forest. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Advertisements

Separuh masa kedua menyaksikan Arsenal terus selesa di hadapan menerusi dua gol Reiss Nelson pada minit ke-49 dan ke-52.

Thomas Partey menambah derita pelawat dengan sepakan jarak jauh dari luar kotak penalti pada minit ke-57.

Advertisements

Sepakan kencang kapten Martin Odegaard pada minit ke-78 melengkapkan kemenangan besar Gunners di Stadium Emirates.

Dengan kemenangan ini, Arsenal kembali menerajui puncak EPL dengan kelebihan dua mata di hadapan Manchester City.

Advertisements

Arsenal bakal bertandang ke Stamford Bridge menentang Chelsea pada 6 November. Manakala Forest berdepan Brentford pada 5 November.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram