Ads
EPL
Arsenal FC

Hasrat pendahulu EPL, Arsenal untuk melebarkan jurang mata dengan pesaing terdekat Manchester City tidak kesampaian. Ini selepas Gunners diikat Southampton 1-1 di St. Mary.

Advertisements

Arsenal bermula baik pada babak pertama dan mendahului tuan rumah pada minit ke-10 menerusi sepakan kencang Granit Xhaka.

Advertisements

Saints cuba bangkit tetapi tidak berhasil menembusi kubu Gunners. Kedudukan 1-0 pelawat kekal sehingga rehat separuh masa.

Advertisements

Advertisements

Bersambung babak kedua, Southampton berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 menerusi gol Stuart Armstrong.

Gunners memasukkan Kieran Tierney dan Fabio Viera sebagai pemain gantian untuk mencari gol kemenangan. Tetapi keputusan seri 1-1 kekal sehingga wisel penamat.

Advertisements

Dengan keputusan ini, Gunners hanya dipisahkan dua mata dengan Manchester City yang berada di tempat kedua liga.

Advertisements

Arsenal bakal berdepan Nottingham Forest untuk perlawanan EPL seterusnya pada 30 Oktober. Sementara Southampton pula turun berdepan Crystal Palace di Selhurst Park pada 29 Oktober.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram