Premier League: Gol Saat Akhir Casemiro Bantu Manchester United Ikat Chelsea
MakanBola
Manchester United

Chelsea terus melebarkan rekod tanpa kalah di bawah bos baru Graham Potter walaupun terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Manchester United.

Separuh masa pertama menyaksikan permainan seimbang antara kedua-dua pasukan. Bagaimanapun, penyudah tumpul mengakibatkan kedua-dua pasukan seri 0-0 sehingga rehat.

Babak kedua menyaksikan tuan rumah cuba bangkit. Hasilnya, Jorginho menyudahkan penalti pada minit ke-87.

Ini selepas Scott McTominay menolak pemain Blues, Armando Broja dalam kotak penalti. Bagaimanapun, United berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Casemiro pada minit ke-94.

Man Utd bakal berdepan West Ham untuk perlawanan liga seterusnya pada 31 Oktober. Manakala Chelsea pula berdepan pasukan lama bos mereka, Brighton pada 29 Oktober.