Ads
EPL
Manchester City

Sepakan percuma cantik Kevin de Bruyne sudah cukup untuk membantu Manchester City membenam Leicester 1-0 di Stadium King Power.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan Citizens mendominasi pasukan tuan rumah sejak wisel perlawanan dibunyikan.

Advertisements

Bagaimanapun, barisan pertahanan Foxes yang diterajui Wout Faes berjaya menyerap asakan pasukan pelawat sehingga rehat.

Advertisements

Advertisements

Selepas rehat, City akhirnya memecah kebuntuan menerusi sepakan cantik de Bruyne yang menerjah penjuru atas gawang Leicester pada minit ke-49.

Tuan rumah cuba bangkit menerusi percubaan Youri Tielemans pada minit ke-53. Bagaimanapun, ia terkena palang sebelum ditepis oleh penjaga gol City, Ederson.

Advertisements

Foxes terus mencari gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan keputusan ini, Citizens menerajui EPL dengan kelebihan satu mata di hadapan Arsenal.

Advertisements

City bakal berdepan Fulham di Stadium Etihad pada 5 November ini. Manakala Leicester pula bertandang ke Goodison Park menentang Everton sehari selepas itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram