Premier League: Nottingham Forest Buat Kejutan, Tewaskan Liverpool
EPL
Nottingham Forest
Advertisements

Liverpool gagal meneruskan kebangkitan mereka dalam EPL. Ini selepas mereka dimalukan Nottingham Forest 1-0 di City Ground.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Bagaimanapun, ia berakhir dengan keputusan 0-0 menjelang rehat separuh masa.

Selepas rehat, Reds cuba meningkatkan serangan. Tetapi tuan rumah mendahului menerusi Taiwo Awoniyi selepas menolak bola sepakan percuma Forest yang melantun terkena palang pada minit ke-55.

Advertisements

Tersentak, Liverpool cuba bangkit. Tetapi semua percubaan mereka dinafikan pertahanan yang diketuai penjaga gol Forest, Dean Henderson.

Reds akan bertemu Leeds United di Anfield untuk perlawanan EPL seterusnya pada 30 Oktober. Manakala Forest perlu berdepan Arsenal di tempat lawan pada tarikh sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram