Premier League: Potter Tergamam, Brighton Belasah Chelsea
MakanBola
Chelsea FC

Brighton membelasah Chelsea yang dibimbing bos lama mereka, Graham Potter 4-1 di Stadium Amex hari ini.

Tuan rumah hampir mendahului seawal minit ketiga menerusi lambungan Leandro Trossard tetapi berjaya dikeluarkan oleh kapten Blues, Thiago Silva.

Ad
Advertisement

Bagaimanapun, gawang Chelsea bocor juga dua minit kemudian menerusi Trossard selepas menggelecek penjaga gol Kepa Arrizabalaga.

Ad

Blues terus dirundung malang apabila Ruben Loftus-Cheek tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit ke-14.

Advertisement

Brighton menambah gol ketiga menerusi gol sendiri Trevoh Chalobah pada minit ke-42. Kedudukan 3-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan Chelsea cuba bangkit. Hasilnya, Blues mendapat gol saguhati menerusi tandukan Kai Havertz pada minit ke-48.

Ad
Advertisement

Bagaimanapun, Seagulls menambah gol keempat menerusi tolakan mudah Pascal Gross pada minit ke-92.

Ad

Dengan keputusan ini, Blues kekal di tangga kelima EPL dan hanya dipisahkan tiga mata dengan Brighton di tempat ketujuh.

Advertisement

Blues bakal bersemuka dengan Arsenal untuk perlawanan setempat London pada 6 November.

Manakala Brighton pula bertandang ke Molineux pada 5 November menentang Wolverhampton Wanderers.

Advertisement