Presiden FA Thailand Digesa Letak Jawatan
Asia Tenggara
FA Thailand
Advertisements

Kegagalan skuad bawah 22 tahun Thailand meraih pingat emas acara bola sepak Sukan SEA 2023 pada Mei lepas terus menghantui Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT). Dan akibat kegagalan ini, Presiden FAT, Dr. Somyot Poompanmoung digesa meletak jawatan atas apa yang berlaku.

Desakan ini dibuat oleh Pemangku Timbalan Perdana Menteri (TPM) Thailand, Prawit Wongsuwon. Wongsuwon yang menggalas peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Thailand (NOC) menyifatkan kegagalan tersebut sebagai tidak boleh diterima.

Selain itu, beliau merasakan insiden pergaduhan membabitkan pemain Thailand dan Indonesia pada aksi final tersebut mencemarkan nama baik Negara Gajah Putih itu. Disebabkan insiden berkenaan, ia tular di setiap laman sesawang berita di seluruh dunia.

Advertisements

“Saya pernah katakan sebelum ini sekiranya skuad bola sepak lelaki gagal menang pingat emas Sukan SEA, biar Presiden FAT letak jawatan. Jadi, saya mahu tanya sama ada beliau akan meletak jawatan atau tidak?

“Jangan cakap pasal masalah kewangan. Kita sendiri yang melakukan kesilapan. Kita perlu ada semangat. Kali ini, nama negara tercemar teruk.

“Kawalan emosi yang sepatutnya ada tidak wujud. Ia sepatutnya wujud sepanjang masa. Alasan sebegini tidak boleh diterima.

Advertisements

“Saya tak mahu negara kehilangan reputasi hanya disebabkan satu persatuan sukan. Persatuan-persatuan sukan lain juga rugi kerana mereka perlu berkongsi tanggungjawab.

“Justeru, Presiden FAT dan jurulatih (Issara Sritaro) perlu meletakkan jawatan. Kenapa anda perlu turun dan berlawan? Ia merosakkan imej kita kerana siaran perlawanan disiarkan secara langsung di TV di serata dunia.

“Beliau tidak melihat ini sebagai satu perkara besar. Ini bukan benda kecil. 70 juta warga Thai rasa malu dengan negara-negara lain,” katanya seperti yang dipetik SiamSport.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram