Ads
Presiden PSG Bengang Kylian Mbappe Tak Reti Ucap Terima Kasih
Eropah
Paris Saint Germain

Presiden kelab Paris Saint Germain (PSG), Nasser Al-Khelaïfi bengang dengan tindakan pemain bintangnya, Kylian Mbappe yang tidak reti mengucapkan terima kasih.

Advertisements

Menerusi laporan Le Perisien, berlakunya pergaduhan antara dua sosok penting pasukan itu menjelang pertemuan Ligue 1 menentang Toulouse.

Advertisements

Situasi tegang antara Mbappe dan Khelaifi akhirnya tidak dapat dibendung lagi apabila pemilik itu difahamkan telah menengking pemain berusia 25 tahun itu.

Advertisements
Advertisements

Pemain kebangsaan Perancis itu telah mengumumkan perpisahan dengan kelab tersebut untuk membawa haluan baharu selain beliau dikatakan tidak lagi bercakap dengan presiden.

Keadaan bertambah buruk apabila Mbappe telah mengucapkan terima kasih kepada barisan kejurulatihan, pengarah teknikal, staf dan juga penyokong dalam video perpisahannya namun tidak kepada Nasser.

Advertisements

Presiden berkeras untuk menganjurkan mesyuarat satu jam sebelum perlawanan menentang Toulouse.

Kedua-dua personaliti itu mengasingkan diri di dalam bilik, jauh dari mata dan telinga namun nadanya meningkat dengan cepat dan akhirnya perbincangan dengan cepat bertukar menjadi pergaduhan.

PSG dalam satu kenyataan bagaimanapun telah menafikan insiden ini sambil memaklumkan bahawa ia hanya perbincangan akhir tentang beberapa perkara yang telah dipersetujui sejak awal.

Bekas pemain muda Monaco ini bakal meninggalkan PSG akhir musim dengan destinasi barunya dijangka adalah Sepanyol bersama juara La Liga, Real Madrid.

Advertisements

Kontrak beliau berakhir tahun 2025 setelah melanjutkan kontrak dua tahun lalu sejak berada di kota Paris pada tahun 2017.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram