Advertising
Prestasi Semasa Sze Fei-Izzuddin Penentu Ke RTG
UltraSukan
Victor Malaysia
Sponsors

Prestasi beregu lelaki nombor dua dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani bakal menjadi penentu sama ada mereka menyertai program Road to Gold (RTG) atau tidak.

Perkara itu digariskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh apabila ditanya tentang prospek beregu profesional Malaysia itu menyertai RTG.

Ad

Ini susulan Hannah telah mengadakan pertemuan dengan Sze Fei-Izzuddin pada 26 Februari lalu. Pertemuan itu bertujuan menjelaskan program RTG dan bentuk sokongan yang bakal diterima mereka.

Ad

“Itu sebab semalam (26 Februari) saya adakan perjumpaan dengan mereka untuk jelaskan fungsi Road to Gold. Dan juga saya dengar cabaran yang mereka hadapi sekarang.

“Mereka bukan lagi bersama BAM, jadi perbincangan akan terus berlaku,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025.

Ad

Hannah turut memaklumkan sekretariat RTG kini sibuk membuat senarai atlet negara yang berada dalam kelompok 10 terbaik sukan masing-masing.

Ad

Ini kerana apabila senarai itu sudah ada, ini memudahkan bantuan dan sokongan dapat disalurkan kepada atlet-atlet yang layak menerusi RTG.

Ad

“Untuk bulan Mac nanti, saya akan umumkan jawatankuasa baru Road to Gold,” tambahnya.

“Dan sekretariat RTG sedang kumpul senarai atlet-atlet dalam kelompok 10 terbaik dunia dan Sukan Olimpik untuk kita berikan sokongan melalui Road to Gold.”

Sze Fei-Izzuddin menduduki ranking kedua dunia selepas membuat permulaan cemerlang untuk tahun 2025. Ini termasuk bergelar juara India Open 2025.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments