Dunia
Advertisements

Perth Glory

Dalam perlawanan terakhir, Perth Glory hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Sydney FC selain mengalami kekalahan memalukan di tempat lawan selepas tewas 3-0 kepada Western Sydney Wanderes dalam perlawanan sebelumnya.

Perth Glory yang kini tanpa sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir selepas tewas kepada Wellington Phoenix selain mencatatkan dua keputusan seri dan tewas dua kali dalam perlawanan sebelumnya.

Advertisements

Perth Glory juga kini berada di kedudukan ke-10 liga daripada 12 pasukan A-League.

Newcastle Jets

Newcastle Jets dalam prestasi terburuk musim ini apabila tewas dalam kesemua 5 perlawanan terakhir liga.

Advertisements

Memulakan musim baru A-League dengan 3 kali tewas, Newcastle Jets bangkit tanpa tewas untuk 5 perlawanan seterusnya seterusnya memperoleh 11 mata.

Rekod tanpa tewas Newcastle Jets akhirnya ditamatkan Wellington Phoenix pada 28 Februari di tempat lawan dengan Newcastle tewas 2-0 dalam perlawanan terbabit.

Setelah perlawanan menentang Wellington, Newcastle Jets tewas untuk tiga perlawanan lagi dan terbaru ketika menentang Adelaide United di mana Newcastle jets dimalukan dengan kekalahan 1-4 di halaman sendiri.

Advertisements

Liridon Krasniqi

Dalam perlawanan terakhir, pemain pasukan negara, Liridon Krasniqi dimasukkan sejurus separuh masa kedua bermula dan berjaya mempamerkan aksi bertenaga mengekang asakan pasukan lawan.

liridon krasniqi newcastlet jets Preview: Perth Glory vs. Newcastle Jets
Liridon Krasniqi ketika sesi latihan terbaru. Gambar oleh NewcastleJetsFC.com.au

Liridon dijangka akan terus diberikan peluang beraksi pada separuh masa kedua apabila beliau benar-benar memperoleh kecerdasan 100%.

Advertisements

“Liridon tidak banyak bermain bola sepak dalam tempoh 12 bulan terakhir, jadi dia sedang berusaha untuk meningkatkan prestasinya dan kami akan pastikan beliau cukup cergas.”

“Kami boleh membincangkan tentang taktik dan macam-macam hal, tetapi hakikatnya adalah kami tidak bersedia melakukan apa yang harus kami lakukan untuk memenangi perlawanan dan kami melepaskannya dalam tempoh 40 minit pertama dan ia sudah terlambat,” jelas Deans, jurulatih Newcastle sejurus tamat perlawanan menentang Adelaide United.

Kedua-dua pasukan dilihat mempunyai kekuatan seimbang dengan prestasi semasa yang tidak memberangsangkan sekaligus memberikan peluang buat salah satu pasukan untuk memperoleh mata maksium Sabtu ini.

Perlawanan Newcastle Jets dan Perth Glory bakal berlangsung jam 6.20 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu 27 Mac 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram