Advertisement
Prospek Penjaga Gol Warisan Malaysia Kini Tembusi Pasaran Australia
Harimau Malaya
MakanBola
Edit by FZ

Malaysia berpotensi memiliki seorang lagi penjaga gol warisan yang kini mula memberikan impak yang cukup luar biasa di Australia.

Pemain muda yang dikenali sebagai Hugo Ng merupakan antara bintang yaang berketurunan Malaysia sedang mencipta nama di sana.

Baru berusia 14 tahun, beliau memiliki ketinggian yang cukup luar biasa iaitu 1.82 cm sekaligus dilihat sebagai antara bintang dalam pembikinan di sana.

Hugo beraksi di Football South Australia yang juga menjalinkan kerjasama dengan badan induk bola sepak Australia yang kebanyakannya merupakan liga pemain di bawah 17 tahun.

Beliau berpeluang untuk mewakili Harimau Malaya kerana bapanya merupakan orang Sabah sementara ibunya pula berasal dari Australia.

Malah, menurut perkongsian Mixed Malaysians, pemain ini menyatakan hasrat untuk mewakili Malaysia suatu hari nanti.

Malaysia juga sudah pun mengenal pasti seorang lagi prospek muda di Australia yang beraksi pada posisi pertahanan kanan iaitu Airden Rawlins.

Ketika ini, beliau beraksi bersama akademi salah sebuah kelab gergasi Australia iaitu Perth Glory yang pernah diwakili oleh pemain pertahanan JDT, Matthew Davies.

Perkembangan ini amat baik buat masa depan bola sepak Malaysia tatkala pendedahan bola sepak di luar negara mampu memberi nilai tambah untuk membantu skuad kebangsaan.