Blog
Advertisements

Skuad kebangsaan Malaysia menggunakan barisan serangan 3 serangkai sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia Jun yang lalu dimana skuad Malaysia dimantapkan lagi dengan kehadiran 2 pemain naturalisasi baharu iaitu De Paula dan Liridon Krashniqi.

Namun Malaysia sebenarnya sudah mempunyai beberapa prospek muda yang mampu mengemudi jentera serangan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Artikel ini lebih memfokuskan terhadap pemain di bahagian serangan yang berumur bawah 23 tahun.

Ketepikan pemain naturalisasi seperti Sumareh, De Paula dan Liridon. Walaupun mereka mempunyai kelebihan dari segi fizikal, namun De Paula sudah berumur 34 tahun dan Liridon pula berusia 29 tahun. Hanya Sumareh yang baru berusia 26 tahun.

Advertisements

Berdasarkan taktikal semasa Tan Cheng Hoe, beliau gemar menggunakan formasi 4-3-3 atau 4-1-2-3 yang meletakkan barisan serangan terdiri daripada left winger-centre forward-right winger. Terdapat 6 pemain yang mempunyai peluang yang cerah pada masa hadapan dalam mengemudi bahagian serangan Malaysia sekiranya pemain ini konsisten dalam mempamerkan aksi cemerlang dan terlepas dari kecederaan jangka masa panjang.

1 lineup Jentera Serangan Malaysia Dipenuhi Prospek Muda Berkualiti Walaupun Tanpa Pemain Naturalisasi
Kemungkinan barisan serangan akan datang

Antara pemain muda yang menyinar dan mempunyai potensi besar ketika ini ialah Luqman Hakim (19 tahun), Hadi Fayyadh (21 tahun), Hakimi Abdullah (22 tahun), Akhyar Rashid (22 tahun), Ramadhan Saifullah (20 tahun) dan Arif Aiman (19 tahun).

Pilihan alternatif Tan Cheng Hoe

Centre Forward

Advertisements

Luqman Hakim dan Hadi Fayyadh yang sedang berkelana di luar negara kini berada dilandasan yang tepat dalam membentuk diri mereka menjadi penyerang yang berkualiti. Luqman Hakim kini sedang giat berlatih bersama K.V Kortrijk malah fizikalnya juga sudah semakin tegap. Luqman seorang pemain yang lincah dan mempunyai penyudah yang tajam dihadapan gol.

Baca: Pieter Verrode: Luqman Hakim Bekerja Keras Semasa Sesi Latihan

Hadi Fayyadh pula baru sahaja pulih dari kecederaan. Walaupun namanya tersisih sewaktu Kelayakan Piala Dunia 2022 Jun lalu, Hadi masih berpeluang untuk merebut kembali posisi penyerang negara. Pemain tinggi lampai ini mempunyai kelebihan dalam situasi bola tinggi namun aspek penyudah beliau masih perlu diperkemaskan.

Advertisements

Right Winger

Arif Aiman dan Ramadhan Saifullah merupakan pemain sayap kanan. Namun kedua-dua pemain ini turut mampu beraksi di bahagian sayap kiri sewaktu bersama JDT. Tipikal pemain sayap harus mempunyai larian yang laju, hantaran silang yang tepat dan mahir menggelecek.

Baca: Ramadhan Permata Berharga JDT

Advertisements

Kedua-dua pemain mempunyai kualiti tersebut malah Arif Aiman menarik perhatian ramai peminat bola sepak Malaysia dalam aksi Liga Super musim ini. Ramadhan Saifullah pula terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan yang dialaminya namun aksi beliau musim lalu bersama JDT harus dipuji.

Left Winger

Hakimi Abdullah musim ini telah mencatatkan 5 gol bersama Terengganu dan baru berusia 22 tahun. Bekas pemain Kelantan ini mempunyai larian yang laju dan penyudah yang baik. Hakimi wajar diberi peluang menyarung jersi kebangsaan berdasarkan prestasi semasa beliau ketika ini.

Larian laju Hakimi Abdullah ketika aksi menentang Kedah

Selain itu, Akhyar Rashid turut mampu mengisi bahagian serangan negara terutama di posisi sayap kiri. Kemahiran dribbling beliau mampu memberi mimpi ngeri kepada pertahanan lawan. Namun Akhyar harus diberikan lebih minit permainan untuk membuktikan kemampuannya.

Baca: Status Syafiq Ahmad Menjadi Tanda Tanya

Berikut adalah 6 pemain muda yang mampu membentuk serangan 3 serangkai dan berpotensi menjadi pemain utama Malaysia dalam tempoh 6-7 tahun akan datang. Seorang lagi pemain yang berpotensi besar ialah Faisal Abdul Halim di bahagian sayap kiri yang kini berusia 23 tahun. Faisal telah merekodkan 4 jaringan dan 4 assist dalam saingan Liga Super 2021.

Penutup

Pemain-pemain muda ini mampu menjadi prospek jangka masa panjang skuad Malaysia dalam membina pasukan yang kuat buat masa akan datang. Namun mereka harus diberikan minit permainan yang mencukupi selain mengelak daripada ditimpa kecederaan yang serius agar pembinaan karier bola sepak mereka tidak terganggu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram