Pieter Verrode: Luqman Hakim Bekerja Keras Semasa Sesi Latihan
Dunia
Luqman Hakim
Advertisements

Berdasarkan laporan wartawan sukan Utusan Malaysia, Thaqib Shaker yang berhubung dengan penyokong KV Kortrijk di Belgium, menjelaskan bahawa Luqman amat bekerja keras semasa sesi latihan.

“Kami sangat teruja Luqman Hakim menyertai kelab kami. Dia pemain muda yang memerlukan sedikit masa menyesuaikan diri dengan corak permainan di sini (KV Kortrijk).” Jelas Maxim de Jode kepada Utusan Malaysia.

Baca Juga: Saya Balik Pun Makan Maki Je – MakanBola.com

Advertisements

“Ketika dia masuk sebagai pemain gantian bertemu KRC Harelbeke, beliau telah mempamerkan permainan luar biasa sehingga peminat mula menyanyikan lagu untuknya,” tambah Maxim lagi.

Lihat Nyanyian Khas Peminat Untuk Luqman di Belgium – MakanBola.com

Selain itu Pieter Verrode yang berumur 65 tahun turut beranggapan Luqman Hakim semakin disayangi penyokong KV Kortrijk.

Advertisements

“Kamu tidak boleh membencinya pemain yang pemalu seperti Luqman Hakim.”

“Kadang kala saya menonton sesi latihan dan saya melihat Luqman sangat bekerja keras untuk beraksi bersama pasukan senior.”

“Pandemik juga hampir tamat dan pasukan muda bawah 21 tahun akan kembali bermain selepas ini.”

Advertisements

“Saya yakin Luqman akan bermain di sana (bersama skuad muda) dan pasukan ini akan bermain pada Isnin ini. Jika Luqman mampu buat yang terbaik, beliau berhak berada dalam kesebelasan utama atau sekurang-kurangnya di bangku simpanan sebagai pemain gantian.” Jelas Pieter Verrode yang merupakan penyokong Vateran KV Kortrijk sejak 32 tahun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram