Ramadhan Permata Berharga JDT
Dunia
Advertisements

Ketajaman penyudah pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah terbukti apabila beliau berjaya merobek gawang pasukan Nagoya Grampus dalam aksi kumpulan G kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam tadi.

Jaringan tersebut cukup bermakna buat pemain yang menyarung jersi bernombor 17 kerana ia merupakan gol pertamanya di pentas saingan berprestij itu.

Walaupun perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan daripada Jepun itu, namun perhatian tertumpu kepada persembahan yang cukup meyakinkan oleh pemain berusia 20 tahun itu.

Advertisements

Ramadhan berada pada posisi terbaik untuk menjaringkan gol apabila beliau tidak melepaskan peluang yang terhidang ketika rembatan jarak jauh La’Vere Corbin Ong singgah di kakinya sekaligus berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke 42.

Pemain kelahiran Johor Bahru, Johor itu bukan sahaja menjaringkan gol tunggal pasukan JDT, namun aksi bertenaga dengan gerak lincah yang diperagakan berjaya merobohkan tembok pertahanan pasukan lawan sebelum dikeluarkan pada minit ke-77.

Sebagai tambahan, gol jaringan Ramadhan itu merupakan gol tunggal yang dibolosi Nagoya Grampus sejak 25 Mei ketika tewas 0-1 kepada Vegalta Sendai dalam aksi liga J1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram