PSSI Dedah Gaji ‘Luar Biasa’ Diterima Shin Tae-yong Di Indonesia
Dunia
IG @shintaeyong7777 / PSSI
Advertisements

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Iwan Bule mendedahkan kos dan gaji diterima ketua jurulatihnya dari Korea Selatan, Shin Tae-yong dalam satu podcast bersama Deddy Corbuzier.

Menurutnya bayaran yang diterima Shin Tae-yong adalah sekitar RP 1.1 bilion (RM320,000) sebulan dan termasuk pembantunya keseluruhannya sekitar RP 2 bilion (RM583,000) sebulan.

Walaubagaimanpun, menurutnya bayaran tersebut adalah berbaloi dan beliau berpuas hati dengan impak yang berjaya dibawa oleh pengendali dari Korea Selatan tersebut.

Advertisements

“Gajinya besar, RP 2 bilion lebih kurang setiap bulan selain menerima rumah, kenderaan dan lain-lain.

“Tapi kos itu bukan dia sahaja, ianya melibatkan enam pelatih lainnya jadi dia (Shin Tae-yong) adalah sekitar RP1.1 bilion.

“Gajinya mahal tetapi berbaloi,” jelas Iwan Bule kepada Deddy Corbuzier.

Advertisements

Shin Tae-yong sebelum ini dilihat sebagai seorang yang lantang bersuara terhadap keadaan semasa bola sepak di Indonesia namun perubahan yang berjaya dibawa pengendali berusia 59 tahun tersebut terima pujian penyokong dan persatuan bola sepak di Indonesia.

Shin Tae-yong sebelum ini pernah membantu Korea Selatan menewaskan Jerman dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 di Rusia dan beliau disifatkan sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan taktikal yang baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram