Pemain sensasi Norwich City, Teemu Pukki semakin digeruni apabila berjaya menduduki tangga teratas penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris selepas 2 perlawanan.
Sebelum ini Teemu Pukki hanya kekal semusim bersama Celtic selepas menjaringkan 9 gol daripada 38 penampilan. Namun bekas bosnya di Celtic, Neil Lennon beranggapan Pukki sedang menikmati peningkatan prestasi bersama kelab barunya.
Pukki kembali mendapat rentak jaringan di Denmark bersama Brondby dan Norwich pantas mendapatkan Pukki dengan perpindahan percuma. Terima kasih buat kecerdikan Norwich yang pantas mendapatkan pemain yang sedang mendapat rentak jaringan.
Musim pertamanya bersama Norwich, Pukki berjaya menjaringkan 29 jaringan dan membantu The Canaries kembali ke Liga Perdana.
Pukki juga berjaya membuktikan kemampuannya di Liga Perdana dengan 4 jaringan selepas 2 perlawanan walaupun diejek dengan namanya yang pelik selain dianggap bakal gagal memberikan impak di Liga Perdana.
Persis Safee Sali yang berjaya menjaringkan banyak gol ketika usianya menjangkau 30 tahun, Pukki juga membuktikan perkara yang sama.
“Beliau seorang pendiam. Saya tidak tahu beliau menjadi pendiam disebabkan tekanan di Celtic sedangkan beliau telah bermain dengan kelab-kelab besar seperti Sevilla dan Schalke.”
Norwich bakal bertemu Chelsea jam 7.30 malam ini di Carrow Road.