Punca ketiadaan 4 tonggak Sabah akhirnya terjawab.
Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memaklumkan ketiadaan beberapa tonggak utama menjejaskan persembahan anak buahnya.
Beliau menjelaskan kekalahan 3-0 di tangan KL City itu sukar dibendung setelah pasukannya beraksi babak kedua dengan 10 pemain.
Keadaan bertambah buruk apabila pemain utama cedera sekaligus memberikan kekalahan kedua kepada Sabah FC.
“Masih lagi cedera. Stuart Wilkin dan Saddil serta beberapa pemain masih lagi cedera. Jadi kita kehilangan ramai pemain utama.
Bekas pengendali Malaysia itu juga memaklumkan bahawa beberapa pemain memerlukan tempoh lebih lama untuk pulih.
“Ada beberapa pemain yang mengambil masa yang panjang untuk pulih seperti Saddil, Stuart dan Gabriel. Jadi kita harus fokus kepada pemain sedia ada,” ujar Kim Swee selepas perlawanan di Stadium Cheras.
Kim Swee membuka peluang buat beberapa tonggak muda untuk beraksi sejak 3 aksi terakhir seperti Azhad Harrad, Danial Hakim dan juga Hamran Peter.
Sabah akan berdepan Sri Pahang bagi aksi berikutnya pada 9 Ogos 2024 di Stadium Temerloh, Pahang.
Kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan 4 mata namun masih berbaki satu perlawanan dalam tangan untuk kembali pulih.