Quang Hai Diperam Jurulatih Pau
Dunia
Petro Vietnam
Advertisements

Selepas tamat tugasan Piala AFF 2022 bersama Vietnam, ramai berharap ia dapat meningkatkan peluang Nguyen Quang Hai beraksi dalam kesebelasan utama kelab Ligue 2, Pau FC. Tetapi perlawanan Ligue 2 Pau-Annecy menyaksikan pemain tengah Vietnam itu diturunkan lagi sebagai pemain gantian.

Dalam perlawanan berkesudahan 2-2 itu, Quang Hai dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-92 dengan perlawanan berbaki dua minit. Kemasukan bekas pemain tengah Hanoi FC itu tidak dapat mengubah keputusan perlawanan dengan Pau terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Babak pertama menyaksikan Les Maynats dibolosi dua kali menerusi Ibrahima Balde (minit keenam) dan Moise Sahi (minit ke-35).

Advertisements

Tersentak, Pau memperkemaskan rentak pada babak kedua. Dan hasilnya, mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mons Bassouamina (minit ke-53) dan Charles Boli (minit ke-60).

Situasi ini pastinya memberi tekanan kepada jurulatih Les Maynats, Didier Tholot memandangkan kelab tersebut mengalami kemarau kemenangan sejak kemenangan di Amiens SC pada 6 November tahun lalu.

Dengan Pau dipisahkan empat mata daripada zon penyingkiran, Tholot harus bertindak segera bagi memastikan kelab tidak terjerumus ke zon berkenaan. Ini termasuk memberi peluang kepada Quang Hai sebagai nadi utama pasukan seperti mana ditunjukkannya bersama skuad Naga Emas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram