Quentin Cheng Kembali Sertai Latihan, Perkuat Pertahanan Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan muda pasukan Harimau Malaya, Quentin Cheng dilaporkan sudah mula turun menjalani latihan setelah disahkan bebas daripada COVID-19.

Beliau merupakan antara salah satu pemain yang disahkan positif termasuklah penjaga gol, Khairul Azhan dan juga Faisal Halim yang telah pun selesai menjalani tempoh 10 hari perintah pengasingan manakala Quentin hanya perlu menjalani selama 7 hari sahaja.

Menurut penjelasan pengendali pasukan negara, Tan Cheng Hoe, keadaan ketiga-tiga pemain ini baik dan telah mendapat kebenaran oleh Kementerian Kesihatan Singapura.

Advertisements

“Ketiga-tiga pemain ini telah memulakan aktiviti bersama pasukan dengan aktiviti pertama ialah di gimnasium ini memandangkan hari ini merupakan hari recovery selepas kita beraksi menentang Vietnam, malam tadi. Mereka selepas ini akan dapat turut kembali menyertai sesi latihan penuh kita di padang bagi persiapan menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia pada Ahad, 19 Disember 2021.

“Bagaimanapun, seorang lagi pemain yang diuji positif COVID-19 sebelum ini iaitu Akhyar Rashid masih perlu melengkapkan tempoh 10 hari Perintah Pengasingan dan hanya akan kembali menyertai pasukan selepas tamat tempoh berkenaan,” kata Cheng Hoe.

Ini sekaligus meredakan keadaan kem setelah kecederaan dua pemain pertahanan tengah iaitu kapten, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad yang dilaporkan telah mendapat kecederaan hamstring sehingga terpaksa dikeluarkan ketika aksi bertemu Vietnam semalam.

Advertisements

Quentin dan Cools dijangka bakal memperkuat pasukan menjelang pertemuan menentang Indonesia pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram