Radamel Falcao Tinggalkan Rayo Vellecano, Bakal Ke Asia Secara Percuma?
Transfer
Rayo Vellecano
Advertisements

Penyerang berbisa Rayo Vellecano, Radamel Falcao secara rasminya bakal meninggalkan kelabnya pada bulan Jun ini.

Pemain berusia 38 tahun itu dikenali sebagai salah seorang peledak prolifik pada era kegemilangannya dan pernah beraksi bersama beberapa buah kelab ternama Eropah seperti Atletico Madrid, Porto, Chelsea dan Manchester United.

Desas-desus mengenai pemergian Falcao ke kelab lain sudah dicanang hebat sejak hampir setahun yang lalu namun beliau masih memilih untuk kekal di Sepanyol.

Advertisements

Spekulasi ini akhirnya tamat apabila wartawan terkemuka Eropah, Fabrizio Romano mengesahkan bahawa penyerang kelahiran Colombia ini bakal membawa haluan baharu.

“Radamel Falcao akan berpisah dengan Rayo Vallecano pada bulan Jun, dia 100% meninggalkan kelab itu sebagai ejen bebas,” ujar Fabrizio Romano di laman X.

Advertisements

Pada pertengahan tahun lalu, wartawan ini turut mengesahkan minat yang ditunjukkan oleh kelab Arab Saudi untuk mendapatkan khidmat Falcao.

Sungguhpun pernah dikaitkan dengan perpindahan ke JDT, pemilik kelab iaitu DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberitahu bahawa kelab tidak mampu untuk memenuhi permintaan pemain tersebut.

Advertisements

“Masa beliau datang berjumpa dengan saya, memang betul kami ada perbincangan untuk membawa Falcao kesini, tetapi kelab tidak mampu.

“Kami tidak mampu dengan harga yang beliau inginkan kerana harga itu terlampau mahal. Kami ingin menggunakan bajet yang ada untuk beli dua tiga pemain yang lain untuk pertingkat prestasi pasukan.

Advertisements

“Jadi dalam strategy wise, untuk commercial wise adalah bagus, susah tentu beliau adalah pemain yang superstar, tapi kita juga perlu realistik,” jelas Tunku Ismail dalam satu kenyataan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram