Rafieq Al Amzar : Saya Ingin Kuatkan Mental di Eropah
Dunia
Advertisements

Pemain muda Malaysia, Muhamamad Rafieq Al Amzar Zulkifeli bersedia untuk membuktikan kemampuannya di Eropah.

Tidak kira di liga mana sekalipun di Eropah, umum mengetahui taraf bola sepak di sana jauh lebih baik berbanding di Asia Tenggara dan peluang yang diberikan kepada Amzar ini akan digunakan sebaik mungkin untuk kemajuan karier pemain muda ini.

“Perasaan saya bercampur antara gembira, tak sabar dan ada juga rasa takut kerana ini kali pertama akan duduk lama di luar negara seorang diri.”

Advertisements

“Insya-Allah saya akan buat yang terbaik dan yang paling penting saya dapat pengalaman dan ilmu kerana apabila balik ke Malaysia saya sudah bersedia untuk bermain dengan mana-mana pasukan.”

Penyerang berusia 18 tahun ini turut bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi corak permainan bola sepak Eropah yang lebih keras dan pantas berbanding di Malaysia.

“Luqman Hakim adalah contoh model terbaik bagi saya. Semuanya saya sudah bersedia, cuma saya perlu biasakan diri dengan cuaca, budaya, makanan dan saya juga perlu kuatkan mental.”

Advertisements

“Saya ada satu tahun kontrak dan sasaran saya nak berikan persembahan terbaik untuk pastikan kontrak itu dilanjutkan lagi selepas ini,” katanya kepada Zulfaizan Mansor di BH Sukan.

Selain itu Ayah kepada Amzar, Encik Zulkifeli turut berhubung dengan kelab berpengkalan di Bosnia & Herzegovina itu berkaitan kontrak.

“Jurulatih di sana maklumkan kalau persembahan bagus dan merit bagus, Dengan izin Allah mereka akan usahakan kontrak lanjutan yang lebih besar kepada Amzar,” jelasnya.

Advertisements

Amzar sebelum ini beraksi cemerlang selepas dimasukkan pada separuh masa kedua menentang Reprezentacua dengan menjaringkan 1 gol dan 2 assist.

Amzar juga bakal menyertai skuad bawah 23 tahun terlebih dahulu untuk membiasakan diri dengan suasana bola sepak di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram