Rafieq Amzar Mahu Kekal Bersaing Di Eropah
Dunia
rafieqalamzar
Advertisements

Pemain kelahiran Selangor, Rafieq Al Amzar tekad untuk terus kekal bersaing di bumi Bosnia sebagai pemain bola sepak professional.

Pemain berusia 19 tahun ini berpendapat bahawa tahap permainan di Liga Malaysia sangat berbeza berbanding di Liga di Bosnia.

Penyerang muda ini tidak menolak kemungkinan untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya sekiranya mendapat panggilan.

Advertisements

“Pandangan saya kalau boleh saya nak terus kekal disini, jika panggilan ke skuad kebangsaan saya akan balik ke sana.”

“Tahap permainan di sini dan Malaysia sangat berbeza.”

Tambah Al Amzar, beliau bakal ditawarkan lanjutan kontrak selama setahun bersama NK Zvijezda Gradacac. Difahamkan, kelabnya itu berminat untuk menggunakan khidmatnya bermain di skuad bawah 19 tahun mahupun di skuad senior.

Advertisements

“Kelab bakal beri tawaran baru untuk lanjutan kontrak, mereka berminat untuk mengekalkan saya disini setahun. Saya mahu terus kekal di Eropah,” jelas Amzar dalam temubual bersama Harimau Malaya di Youtube.

Baru-baru ini beliau hampir mencatat hatrik dalam perlawanan pertamanya bersama skuad bawah 19 tahun dimana pemain muda itu berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan First League of Bosnia & Herzegovina.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram