Advertisement
Rahadiazli Tak Rela Tragedi Lama Berulang
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Penjaga gol muda berpotensi negara, Rahadiazli Rahalim tidak mahu menanggung duka lagi tatkala bakal berdepan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kedua-dua pasukan bakal berdepan sesama mereka bagi aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 24 Februari ini.

Pemain yang mesra disapa Abe ini bagaimanapun yakin dengan percaturan jurulatih baharu, Tomislav Steinbrukner dengan rakan sepasukan juga sudah bersedia menerapkan strategi dan formasi berbeza berdepan Harimau Selatan.

“Sejujurnya aksi final Piala FA musim lalu masih lagi segar dalam ingatan ketika kami tewas 1-3 kepada pasukan Harimau Selatan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil.”

“Ini bagaikan pertemuan ulangan, jika saya diturunkan dalam kesebelasan utama sekali lagi, sudah pasti saya berazam untuk memperagakan aksi terbaik bagi menebus kembali kesilapan lalu.”

Pemain berusia 22 tahun itu juga menuntut rakan sepasukan untuk kekal memberi fokus sungguhpun bakal beraksi di hadapan penyokong setia Harimau Selatan.

“Walaupun beraksi di tempat lawan dengan kami tidak sesekali gentar, dalam bola sepak apa-apapun boleh terjadi, sejarah sudah membuktikan kami pernah menumpaskan skuad itu 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada 2021, situasi sama boleh berulang,” jelasnya kepada Harian Metro.

Terengganu juga mahu menamatkan badi penantian untuk menjulang Piala Sumbangsih selepas kali terakhir menjulangnya pada tahun 2001.