Dunia
Photo: Facebook Terenggganu FC
Advertisements

Prestasi Rahmat Makasuf bersama Terengganu FC dalam saingan Liga Super tahun ini layak diberikan pujian setelah pemain tersebut berjaya mencetak 3 gol dan 1 assist. Walaupun kehadiran Faisal Abdul Halim sedikit menggugat posisi Rahmat pada musim ini, pemain ini tetap mampu mempamerkan aksi cemerlang.

Pemain yang bakal menginjak usia 24 tahun pada 28 September ini merupakan pemain daripada Terengganu FC II dan dibawa masuk ke Terengganu FC bagi memperkuatkan pasukan sewaktu perlawanan Liga Super 2019 masih berbaki beberapa perlawanan. Rahmat telah melakukan 15 penampilan liga pada musim ini dan kesemuanya adalah sebagai pemain gantian.

Posisi utama bahagian sayap kanan Terengganu FC telah diberikan kepada Faisal Abdul Halim pada musim ini namun itu tidak bermakna Rahmat telah dipinggirkan oleh Nafuzi Zain. Pemain kelahiran Kampung Cheting, Kuala Berang ini tetap mendapat minit permainan apabila beliau telah menjadi pemain gantian kepada Faisal diposisi sayap kanan dalam 15 perlawanan.

Advertisements

Rahmat telah berjaya menjaringkan gol dalam 3 perlawanan iaitu sewaktu Terengganu FC menentang Selangor FC, UiTM FC dan PJ City FC manakala assist beliau hadir ketika menentang Perak FC.

Posisi Rahmat Makasuf bagaimanapun turut menjadi perhatian kerana Terengganu FC mendaftarkan pemain tersebut sebagai pemain tengah sedangkan beliau merupakan pemain sayap kanan dan kemasukan beliau sebagai pemain gantian adalah untuk menggantikan Faisal Abdul Halim yang merupakan pemain sayap kanan.

Rahmat didaftarkan sebagai pemain tengah sewaktu UiTM FC menentang Terengganu FC

Jaringan pertama Rahmat Makasuf hadir ketika perlawanan Terengganu FC menentang Selangor FC pada tahun lalu sewaktu perlawanan berkesudahan seri 3-3. Rahmat berjaya mencetak gol pertamanya apabila masuk menggantikan Faiz Nasir selaku pemain gantian.

Advertisements

Berdasarkan statistik Rahmat, tidak keterlaluan jika pemain ini dilabel sebagai super sub buat Terengganu FC apabila beliau tetap menyumbangkan gol walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian.

makasuf Rahmat Makasuf Layak Digelar ‘Super Sub’ Terengganu FC Musim Ini
Gambar dari Facebook Terengganu FC

Untuk rekod, Rahmat telah bermain sebanyak 288 minit permainan bersama Terengganu FC pada musim ini dan setiap gol yang terhasil bersamaan dengan 96 minit permainan berdasarkan statistik daripada Transfermarkt.

Prestasi Rahmat Makasuf pada musim ini telah memberikan persaingan sihat kepada Faisal Abdul Halim dalam merebut posisi sayap kanan pasukan. Malah kehadiran super sub Rahmat telah menambahkan lagi kualiti squad depth Terengganu FC pada musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram