Rahsia Pemain Selangor Cergas & Lari Tak Henti Terjawab
MakanBola
Selangor FC

Para peminat mengesan perubahan ketara prestasi pemain Selangor dalam beberapa aksi terakhir.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon terus mengekalkan rentak cemerlang memasuki 10 perlawanan berturut-turut.

Terbaru, Selangor FC berjaya menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 1-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya untuk menduduki tangga kedua Liga Super 2025-26.

Selain berjaya mengekalkan konsistensi tanpa kalah, para pemain Gergasi Merah Kuning dilihat beraksi lebih cergas dan mampu berlari sepanjang 90 minit permainan.

Hal ini selepas Selangor FC telah membawa masuk bekas jurulatih kecergasan Panathinaikos, Nicolas Maidana sejak 3 Februari yang lalu.

Perubahan ketara dikesan selepas jurulatih Uruguay berusia 37 tahun itu yang memberi impak pada sesi latihan The Red Giants.

Hal ini dibuktikan pada statistik Selangor berdepan Negeri Sembilan pada aksi Piala Malaysia 2026 pada 15 Februari 2026 yang lalu.

Selangor berjaya meningkatkan expexted goals (XG) iaitu 2.59 selain merekodkan 18 percubaan pada perlawanan tersebut serta mencatat 333 hantaran.

Naib juara Liga Super musim lalu ini juga mencatatkan 28 sentuhan dalam kotak penalti lawan selain mempamerkan penguasaan seimbang pada setiap bahagian permainan iaitu 31 peratus (pertahanan), 39 peratus (tengah) dan 30 peratus (serangan). 

Anak buah Pan-gon juga meningkat dari segi gelecekan masuk ke kawasan lawan iaitu 18 kali (90% berjaya), memenangi 51 peratus pertarungan bola dan juga hanya kehilangan posisi serendah tiga kali sepanjang 90 minit beraksi.

Impak Maidana juga risiko pasukan dibolosi amat rendah selepas Negeri Sembilan hanya mencatat 1.25 Expected Goals (XG).

Selangor bakal menentang Melaka pada 28 Februari 2026 jam 10.00 malam di Stadium Hang Jebat.

Claim Money Packet TnG