Rakan Sepasukan Messi Digigit Labah-labah
Dunia
@officialnickmarsman
Advertisements

Ramai pemain Inter Miami tidak sabar mengalu-alukan kehadiran Lionel Messi sebagai rakan sepasukan baru mereka pada bulan hadapan. Bagaimanapun, seorang daripada rakan sepasukan baru Messi ini dimasukkan ke hospital selepas digigit labah-labah semasa melawat sebuah zoo di Florida.

Situasi malang ini menimpa penjaga gol The Herons dari Belanda, Nick Marsman. Marsman digigit labah-labah berbisa semasa menemani keluarganya melawat zoo yang dinyatakan.

Hal ini turut disentuh secara berseloroh oleh isteri Marsman, Nathalie den Decker dalam catatan Instagramnya.

Advertisements

“Keburukan tinggal di tempat beriklim tropika ialah di mana anda pergi ke zoo dan digigit labah-labah berbisa. Akhirnya perlu duduk di hospital selama tiga hari,” katanya.

Marsman kini dilaporkan sudah pulih dan telah kembali ke rumah. Den Decker yang juga bekas pemenang Miss Netherlands menambah, “Gembira melihat anda pulang ke rumah, semoga cepat sembuh.”

Bekas penjaga gol Twente itu berharap dapat diberi peluang beraksi bersama Messi selepas sebelum ini menjadi penjaga gol sokongan kepada penjaga gol utama, Drake Callender.

Advertisements

Ketika ini, Inter Miami belum mempunyai pengurus baru selepas memecat legenda England, Phil Neville susulan keputusan buruk pasukan dalam Major League Soccer (MLS) musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram