Ranking BWF: Lee Zii Jia Kini Dalam Kelompok 10 Pemain Terhandal Dunia
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Meskipun kecewa tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024, Lee Zii Jia telah kembali menghuni kedudukan 10 pemain terbaik Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).

Ini berdasarkan kedudukan terkini ranking pemain yang dikeluarkan BWF semalam. Zii Jia kembali di tangga ke-10 dunia selepas mengumpul 68,226 mata secara keseluruhan.

Kesemua mata ini diambil daripada 10 kejohanan terbaik yang disertai beliau dalam tempoh 52 minggu lalu termasuk menjuarai Arctic Open 2023.

Advertisements

Viktor Axelsen kekal dominan sebagai pemain nombor satu dunia dengan 102,055 mata keseluruhan. Sementara Shi Yuqi dan Li Shifeng dari China pula melengkapkan kedudukan tiga teratas selepas masing-masing mengumpul 85,604 dan 83,948 mata.

Selepas disingkirkan pemain China, Lu Guangzu pada pusingan pertama Malaysia Open, Zii Jia hanya dapat mengumpul 3,000 mata.

Advertisements

Kali terakhir anak jati Alor Setar, Kedah itu bergelar pemain nombor 10 dunia ialah pada pertengahan Disember lalu.

Kedudukan ranking terbaru ini memberi suntikan motivasi kepada Zii Jia dalam India Open 2024 yang bermula sejak semalam.

Advertisements

Bekas juara All England Open 2021 itu berjaya mara ke pusingan kedua selepas menyingkirkan lawan dari Kanada, Brian Yang pada pusingan pertama. Beliau bakal berdepan pilihan kelima kejohanan, Jonathan Christie dari Indonesia esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram