Ranking FIFA: Malaysia berpeluang sekali lagi untuk memintas kedudukan Indonesia sekiranya menewaskan Filipina.
Skuad kendalian Pau Marti bakal diuji dengan aksi hebat pasukan ke-147 dunia itu pada aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024.
Harimau Malaya kini dalam misi memburu mata penting FIFA menjelang undian Balang bagi Kelayakan Piala Asia 2027.
Kemas kini terbaru oleh ranking FIFA menyaksikan skuad negara menghuni tangga ke-134 dengan 1107 mata dan hanya dipisahkan satu mata daripada jiran, Indonesia.
Kemenangan berdepan The Azkals bakal membolehkan skuad negara meraih tambahan +4.48 mata untuk memintas kedudukan Indonesia dengan 1112 mata.
Sekiranya seri, Harimau Malaya bakal mendapatkan tambahan hanya +1.98 mata manakala tewas bakal ditolak -5.52 mata.
Mata maksimum yang diperoleh Harimau Malaya bakal membolehkan pasukan untuk menghampiri kelompok 120 pasukan terbaik dunia namun dipisahkan dengan 13 mata.
Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Lubnan dengan juara bertahan, Tajikistan pada 4 September 2024 dengan pemenang bakal mara ke final pada 8 September.
Malaysia sebelum ini pernah menghuni tangga ke-130 dunia namun mengalami penurunan susulan beberapa kekalahan sebelum ini.