Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Pestabola Merdeka sudah pun melabuhkan tirainya dengan Malaysia menjadi naib juara selepas kecundang 0-2 di tangan Tajikistan di pentas final semalam.

Secara keseluruhan, Malaysia mengakhiri Pestabola Merdeka dengan satu kemenangan selepas menewaskan India 4-2 pada aksi pertama dan satu kekalahan kepada Tajikistan.

Mengikut pada kiraan mata ranking FIFA, Malaysia hanya berjaya menambah 1.82 mata selepas mengutip 6.04 mata bagi kemenangan ke atas India. Namun mata ranking Malaysia ditolak sebanyak 4.22 mata selepas kekalahan kepada Tajikistan.

Advertisements

Penambahan mata yang sedikit itu membuatkan kedudukan Malaysia telah dipintas oleh tiga negara. Malaysia sebelum ini berada di ranking ke-134 kini jatuh tiga anak tangga menjadikan Malaysia kini berada di kedudukan ke-137 dunia dengan mengumpul 1096.72 mata.

ranking fifa malaysia Ranking FIFA: Kedudukan Malaysia Jatuh Selepas Dipintas Tiga Negara
Malaysia turun tiga anak tangga selepas dipintas tiga negara.

Tiga negara yang berjaya memintas kedudukan Malaysia adalah Kuwait, Lithuania dan Nicaragua. Lithuania yang kini berada di ranking ke-134 adalah negara yang meraih kenaikan mata paling drastik dengan penambahan 26.26 mata sekali gus mereka mendaki 9 anak tangga ranking FIFA.

Kedudukan Malaysia di ranking ke-137 diekori rapat sebuah lagi negara asia tenggara iaitu, Filipina yang berada di ranking ke-138 dengan mata terkumpul 1095.94 mata.

Advertisements

Malaysia akan kembali ke pentas antarabangsa pada November dengan dua aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan. Jika kedua-dua perlawanan berakhir dengan kemenangan, sudah tentu akan ada penambahan mata yang banyak buat Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram