Ranking FIFA Malaysia: Harimau Malaya berpeluang untuk melonjak dan naik 8 tangga sekaligus daripada dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026:
Skuad kendalian Kim Pan-gon menerima tamparan hebat selepas tewas dua aksi menentang pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0.
Malaysia memiliki dua misi besar apabila dijadualkan menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei dalam misi untuk mara ke pusingan berikutnya.
Skuad kebangsaan bagaimanapun memiliki peluang untuk melonjak semula selepas turun 8 tangga ke kedudukan 138 dunia ketika ini.
Kemenangan berdepan pasukan ke-101 dunia, Kyrgyzstan membolehkan Harimau Malaya memperoleh tambahan +15.31 mata menjadi 1109 mata.
Malaysia akan melayan kunjungan Chinese Taipei pada 11 Jun 2024 pula membolehkan skuad kebangsaan memperoleh tambahan +10.43 mata FIFA dan menjadikan mata keseluruhan kepada 1119 mata.
Kemenangan tersebut bakal membantu Malaysia melonjak kembali 8 tangga dan naik ke kedudukan 130 dunia.
Kedudukan itu membolehkan Malaysia memintas negara seperti Rwanda (132), Indonesia (135) dan juga Latvia (137) ranking FIFA.
Harimau Malaya akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada 6 Jun 2024 (Khamis) di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.
Perlawanan keenam pula berdepan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.